KUALA LUMPUR: Akta-akta sedia ada sudah mencukupi untuk mengenakan denda terhadap individu yang menghina agama Islam sebagai Agama Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Senator Idris Ahmad.
Bercakap sebagai tetamu dalam program BERNAMA Radio 'Jendela Fikir - Bangkit Menentang Penghinaan Agama' hari ini, beliau berkata antaranya Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 dan Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Hasutan 1948 (Akta 15).
"Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 memperuntukkan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
"Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga digunakan untuk individu yang melakukan perkara menimbulkan ketidakharmonian dan ketenteraman orang, dengan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 dan penjara tidak lebih setahun, atau kedua-dua sekali.
"Akta Hasutan 1948 (Akta 15) pun sudah ada, ia juga mengenakan hukuman kepada individu yang menghina agama ini dengan penjara tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak melebihi tujuh tahun," katanya.
Beliau berkata demikian susulan kejadian penghinaan agama Islam dalam negara yang semakin menjadi-jadi, antaranya seorang model memperagakan fesyen yang menampakkan bahagian dada serta berseluar pendek sambil memakai songkok di Minggu Fesyen Kuala Lumpur baru-baru ini.
Katanya, tindakan berdasarkan akta-akta berkenaan adalah supaya hal penguatkuasaan agama kuat dan ketenteraman agama wujud secara baik dalam negara, di samping memudahkan umat Islam melakukan ibadat.
Dalam pada itu, beliau dalam catatan di laman Facebook menasihatkan orang ramai supaya sempadan batas agama, sensitiviti keagamaan dan kaum usah dibuat bahan mainan.
"Masyarakat Islam kita cukup marah dan kecewa. Usahlah kita berperilaku yang melanggar dengan ajaran agama, adat ketimuran dan tatasusila. Pastikan untuk sentiasa berfikir panjang sebelum melakukan apa-apa perbuatan," katanya.
Beliau berkata pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera terhadap individu tersebut supaya perkara ini dapat dibendung dan dijadikan pengajaran kepada semua pihak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 25 2022
Idris berkata antaranya Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 dan Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Hasutan 1948 (Akta 15). - Foto BERNAMA
Lebih 569 tan bantuan dihantar melalui jeti sementara ke Gaza - AS
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lepas.
Nama lain, kes libat lelaki Israel mungkin dilakukan orang lain - Peguam
Peguam berkata, menerusi pasport Perancis yang digunakan untuk memasuki Malaysia, nama anak guamnya ialah Shalom Avitan, namun dalam kertas pertuduhan tertulis, Avitan Shalom.
Didiagnosis dengan ‘mild depression’, Dina Nadzir hilang kawan
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir berkongsi bahawa dirinya kehilangan beberapa orang rakan dalam hidupnya selepas didiagnosis dengan kemurungan.
Kepimpinan Iran: Apa jadi selepas ini?
Bersama Prof Dr Mohd Roslan Mohd Noor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, UM.
Maritim Perak rampas 61 set bubu naga bernilai RM4,000
Maritim Negeri Perak rampas sebanyak 61 set bubu naga bernilai lebih RM4,000 di sekitar Pulau Talang dan Pantai Remis, Lumut semalam.
[TERKINI] Kes Avitan Shalom miliki senjata, peluru bermula 30 September
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan sembilan hari bermula 30 September perbicaraan seorang lelaki, Avitan Shalom.
Carta aliran wang Touch n Go eWallet mudahkan pengguna pantau perbelanjaan
Ia memaparkan satu carta perbelanjaan, memudahkan pengguna melihat ke manakah perbelanjaan mereka setiap bulan mengikut kategori.
AWANI Ringkas: Masalah teknikal dipercayai punca nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Euro 2024: Harry Kane berisiko tidak tersenarai dalam skuad England
Status penyerang Bayern Munich, Harry Kane, masih diragui untuk tersenarai dalam skuad Euro 2024 susulan masih bergelut dengan kecederaan.
Pantau Belanjawan: Membina daya tahan ekonomi Bumiputera Sabah, Sarawak
Akta sedia ada mencukupi untuk denda individu hina Islam - Idris
Akta-akta sedia ada sudah mencukupi untuk mengenakan denda terhadap individu yang menghina agama Islam sebagai Agama Persekutuan.